Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Thursday, March 31, 2011

Anugerah Bintang Popular NMSL 2011

Ahaks...  Tercalon untuk AJK BKKS NMSL 2011 hingga 2013 ..
Kemeriahan terasa sehangat Anugerah Bintang Popular Berita HArian (ABPBH)
Wikend ni kan event ni berlangsung.. NMSL pun tak ketinggalan tau.. Kelassss gitu..

Macam nak bagi ucapan plak sebab dah terpilih kan..hahaha..

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi mandat dan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan perjuangan BKKS untuk tahun penggal ini. InsyaAllah saya akan memikul amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab.. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong saya dari belakang, depan n sisi kiri n kanan... terutamanya kepada keluarga saya dan Incik MiS yang tak putus2 memberi semangat dan dorongan saya hingga mencapai tahap ini...
 I luv u all Sooo MUchhhh..."

Hosmate sume tercalon.. next meetIng buat kat umah je la;D
Mau jalan ke red carpet.. Meeting kul 12.00 ni....

Ok chiooow dulu.
P/s : Top 6 je yang boleh dikeluarkan listnya.. Yang lain2 confidential sehingga diumumkan kelak:p

Wednesday, March 30, 2011

Program Jom Bersenam di SIRIM HQ:p

TAHUKAH ANDA InCIK MIS ???

Tip-tip kuruskan badan
(Message untuk diri sendiri nih)

1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan akan bergelora dan metabolisma badan akan menurun.

Jangan lupa, senaman dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

Oleh itu…


P/s : B pergi tau... Sayang jauh nak pg, wakilkan kat B jer:p

Monday, March 28, 2011

azam Tahun 2011

Hmmm.. Sejak bila ntah minat sangat nak buat bisness coklat...kalu tengok market cam ok.. Bole buat doorgift untuk Wedding n Besday, Hantaran untuk Majlis Tunang or untuk Wedding..sesuai dijadikan special gift cam ni...


Xcited sangat tapi tak tahu bila la nak mulakan langkah ni... Banyak sangat pikir..hehe
InsyaAllah kena tambahkan semangat n tingkatkan keazaman.. Chewah2...

kelas coklat
dapat buat yang simple cam ni pun dah cukup bagus dah:p


Nampak sedap jer. Bestnya kalu dari hasil tangan sendiri

P/s : Ingat nak buat untuk Incik MIS.. rupanya dia xminat coklat..  Sayang will make sure B addicted to coklat hasil tangan sayang ye B...

Saturday, March 26, 2011

Bawak Incik MiS jumpa Abah ;D

Sangat2 lupe sebelum abah pergi Vietnam dia ada bagitau yang dia akan transit kat KLIA.. Tapi, camane boleh lupa ntah...

Nasib baik still ada kat rumah, bila abah call bgtau yang dia da ada kat KLIA terus terpikir Incik MIS... boleh la bawak DIA jumpa abah (nak kenakan dia la ni..).. Punyala la gelabah.. Dari rumah nak sapai KLIA tu tak habis2 tanya " Ayah sayang ok ke?, Garang tak? B risau la..".. Hmm.. Baru risau. sebelum ni bawak anak dara orang keluar tak takut plak.. huhu.

Sampai kat KLIA jer, amik abah g lepak OLdTown Nilai.. Habis Incik IS kena interview..haha.. Layan je.. Abah sayang ok je kan.. Green Light la tu B...
Hantar abah ke KLIA. flight ke KB pukul 625 pm..

Bersiap2 nak g wedding BFF Incik MiS.. Farah n najib kat Dewan SUK, Shah Alam.. First time jumpa kawan2 Incik MIS...

P.S. I LovE You

Thursday, March 24, 2011

Training di HQ.. Sukenya dapat jumpa B....

Hari ni kena attend training kat HQ.
Sungguh berbunga-bunga hati ini...
Lagi pun dah plan nak makan ramai2 ngn group trip Jepun n member2 office Incik MIS Windu.. Lama xjmpe korang..
Kali ni malas nak drive, so tumpang husband opismate sampai HQ..

Yang paling surprised nya ble ternampak kete ala2 kete Incik MIS kat highway Elite masa otw nak g HQ.. suspend jugak.. Time tu area Saujana Putra..Rupa-rupanya ramalanku banar belaka.. Memang kete Incik MIS.. hati makin berbunga-bunga..Tak tahu nak gambarkan perasaan masa tu sebab memang tak sangka boleh bertembung kat highway plak..
kuat Jodoh kite B..:p

You Amaze Me
Tragedy kedua bermula. Husband opismate drop kat cafe n berSMS ngan Incik MiS..

Incik MiS : Sayang Training kat blok 25 kan?? siapa hantar nanti??
Me : Mana ada blok 25, Blok 2 la B..
Incik MIs : oo ok.. Email sebelum ni salah ek (Kita forward email kursus ni kat Incik MiS that's yg DIA tahu tempat kursus)

Seketika kemudian.... (Dengan penuh keyakinan kita berjalan ke bLOK 2.. HEHE.. Mesti da boleh agak kan apa jadi?? Syok sendiri betul minah ni kan.. Mana ada course kat Blok 2 on that day.., check2 balik memang confirm kat blok 25

me : B, tolong hantar Sayang ke Blok 25.. Salah info tadi.
Incik MiS : Ok, tunggu B kat Blok 2.. Camane boleh salah ni Sayang?
me : hehe

Time ni kita tengok Incik MiS sungguh bangga dapat tolong hantar kita pepagi morning ni.. Terharu betol time tu...
(Jauh di sudut hati yang paling dalam tersembunyi niat yang sebenarnya bukan tersalah blok pun acctually sayang rindu kat B n memang nak suruh B hantar sayang pun:p )

Lunch kat KFC seksyen 7...
Gambar tak sempat ambik sebab kelam kabut.. Tak cukup 1 jam untuk lepak..
Next time kita wat lagi...

Training couse ni macam tak cukup2 masa.. kul 5suku baru habis..
Tak sabar nak balik n jumpa Incik MIS..
Bestnya kalau dapat satu Office kan..
Pergi keja together, Lunch together, Balik togetehr..
Semua2 la together2...
Miss that time..

Sebelum balik singgah kat umah yang Incik MIS nak beli kat Bandar Saujana Putra.. tengok dari luar sgt nice rumah tu:)

Singgah RnR Dengkil untuk solat MAgrib n then hv our Dinner kat area Nilai..


P.S. I LovE You

Monday, March 21, 2011

For The Rest of my Life

For The Rest of my Life - Maher Zain


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along.. oooo
And theres a couple words I want to say
(Chorus)
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along.. ooo
And theres a couple word I want to say
(Repeat Chorus)
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
(Repeat Chorus)
I know that deep in my heart..

P/S : Terharunya Incik Is bagi lagu nie.. I`ll be loving you...
loving you eternally..

P.S. I LovE You

Saturday, March 19, 2011

1st trip to PD with Incik MiS's Family

Ni entri untuk trip ke PD ngan Family Incik MiS..

Incik mIs : "sayang..ptg ni ikot family B pg PD deh..b royak doh ke mok nak ajak sayang"
Me : "B nok sayang ikot ko?? Segan la B.."
Incik mIs : "Family B ok jer.. Nati B temankan sayang.."(ayat penyedap je nih)

Mula la stressed kan...
Susah jugak nak buat decission mau ikut ke tak mau ikut ke PD... Segan pun ada..
Dah la last minit Incik mIs ajak.. Dia pun mesti gelabah jugak nak tanya mak dia boleh ke ajak cik hanim ni kan.. Mesti la ajak kan, sanggup ke berpisah dengan cik hanim utk 2 hri :p.. padahal pergi PD je..hehe...

Balik dari office terus packing and terus pecut ke Bangi.. Sampai2 rupanya DiA tak siap packing lagi.. Penat la kita ni rushing2 kan.. adoyai..Nasib baik tak berapa nak jammed.. Tapi, kete banyak gila kat highway.. Lambat la jugak nak smpai PD.. Tapi, kita lagi suka..Dag Dig Dug...Tak habis debor lagi ni:)

Sampai2 PD jerdalam kul 825.. lepas salam2 dengan mak Incik mIs, Aunty Limah (kawan Mak cik) terkocoh2 solat Magrib.. Ingat boleh jamak, kira2 balik tak cukup marhalah..huhu.. Tapi, macam biasa la, buat2 cool kan.. solat magrib pun bukan main lama nie..Berdebar nak keluar bilik.. Padahal ni da kali ketiga jumpa..

Lepas solat tak tahu nak buat ape then Incik Is ajak ke tempat BBQ...Time tu Abg Daydeq, kak Yatie n her husband tengah bakar2 chicken wing n lamb(peberet la nih).. nak tolong, tp tak tau nak tolong apa.. Nak tunjuk rajin la kononnye... Tapi, at last kami berdua kena juga bakar lamb... Ingat ke hebat samgat Incik IS ni bakar LAmb, tengok2 semua rentung. Dah sama macam arang da.. Sorry ya B...:p

Makan dinner malam tu macam ala2 makan beradab(makan macam alas perut je, kalau lapar lagi kita ajak la Incik Is keluar makan kat luar hehe..).. Siap2 basuh pinggan kami berdua keluar Ke Pantai cahaya Negeri..Pandai je Incik Is cover line kat parent dia yang kita ni tak pernah sampai PD.. NAk bawak pusing tengok PD.. Eleh...Tapi, sangat best jalan2 kat sini smbil tengok2 gelagat orang..Lepak minum kat gerai sampi kul 1.. Then, decide untuk balik sebab esuk pagi plan nak JogGing:)

Pagi esuknya.. bangun2 dah kul 830 n terus siap untuk jog...Jogging dalam 3 pusingan.. rasa macam dah cukup hebat dah tuh.. hehe.. Lepas breakfast siap2 nak ke Teluk Kemang. Picnic n mandi-manda kat sana .Xcited ni sebab lama dah tak mandi pantai..Lepas mandi manda, jalan2 dengan Incik Is pusing2 gerai2 kat situ, tapi tak beli apa pun..(banyak yang berkenan sebenarnya, tapi takut nampat sangat yang kita ni boros.. kena tunjuk la yang kita ni berbelanja secara berhemah...kui..kui..kui..)

1 family...Asal muke blur kita je nih:p

Pukul 5 gerak balik ke Kl.. Malam ni Dinner kat Village View.. Yummy2.. Sukanya..Order Jus Durian Belanda..

Incik mIs hantar balik malam ni sebab kita tak larat nak drive...


P.S. I LovE You

Saturday, March 12, 2011

Kronologi Cinta kami:) Part 1

2011, 05 March Sabtu

10.30am Dalam flight dari NIHON ke MALAYSIA duduk sebelah2..Masa ni malu2 kucing lagi. Tapi, time kita tidur tu terlentok2 jugak la atas bahu INcik I... Thanks 4 lend me ur shoulder:) Ecehhhcehhh... Sampai airport dalam kul 5.30 pm..Incik MiS hantar kita ke rumah n then kami keluar balik sebab nak g ambik my BaBy LIoN pada adik kat TitiWangsa..Then pergi Dinner. First time dinner berdua ni:p..Kat restoran SUNITA area2 Sepang.. Time tu kitorang order nasi putih, tomyam campur, ayam masak peda, telur dadak n Nescafe AIs.. Lepas makan Singgah rumah Incik MiS, nak drop barang. First time jumpa parent Incik MiS.. segala2 nya berjalan dengan lancar.. Masa ni tak dak pikir apa kan.. Lama jugak kat rumah Incik MiS, dalam kul 10.30 ml baru kitorang g amik BabY LIon.. Masing2 tak banyak cakap n more to layan perasan sendiri je. Maybe sebab da penat sangat..Lepas ambik kereta kitorang berpecah kat highway (Exit Kajang).. Kita pun lupe nak thanks kat dia.. sebab mengantuk sangat malam tu..Thanks ye awak...BerSMS sampai tertidur..

2011, 06 March Ahad

Ajak Incik MiS keluar (bosan dok umah.kepanasan..hehe).. Pergi jemput dia kat rumah(pusing2 gak la kita cari rumah dia) and dia bawak pegi Time Square.. Lepak2 n shopping 2-3 barang n memory card 4 my new camera n having our lunch kat Kopitiam dalam tu(lupe ntah nama kedai ni) Lunch sambil melayan gambar kat Japan..Rindunya Japan...Dah agak2 nak malam tu kitorang blah dari situ dan heading ke Bangi.. Incik MiS bawak makan Char kue Tiaw.. Time makan ni Incik MiS lukiskan map untuk balik ke Salak Tinggi.. Lukis atas tisu je tau.. Tak romantik langsung:( ...So, malam itu kita balik dah tak sesat sebab da ada map kan..huhu. Sampai rumah berSMS sampai tertidur.."Go..Go...Go..".."Blawok..Blawok..Blawok..."Layan je la.suk masih ada..Chewahhhh..

2011, 07 March Isnin

Datang office dengan malas..Incik MiS still lagi bercuti.. Setelkan pasal LHDN dia. So, kitorang keep on berSMS sampai habis waktu office..(Bulan ni musti lebeh kerap topup.. sebab dok SMS je memanjang. Nanti tolong Topup untuk saya ye..) Itupun kita yang start SMs dulu ty "Da bagun ke?" Petang  tu hati tertanya2 kenapa la bersungguh sangat Incik MIS nak datang Salak tinggi nak dinner ngan kita.Layan je la kan dari dinner sorang kat rumah.. Bagaikan orang mengantuk disorongkan Bantal la..Detail betul kita SMS dia direction dari Tol Nilai sampai rumah(nak make sure awak xsesat tau..)So, sebab dia da datang Salak Tingi terpkasa la entertain dia.. Bawak pergi makan kat Restoran Ayuni..Order Kerang Rebus.. berebut2 makan.. Feberet kami berdua la ni.. Nx time boleh ternak kerang bagi Incik MiS makan... Lepak sampai bosan (walaupun tak pernah bosan melayan Incik MiS) then balik rumah masing2..Xcukup lagi tuh.. Sambung SMS plak..Mlm ni sessi imbasan kembali..Masing2 dok ty bila first time fall in Love.. huhu.. Incik MiS kata time kitorang kat Disneyland yang kita ni plak time dia dok jaga masa kita sakit.. Lewat jugak tidur malam tu duk melayan perasaan...

2011, 08 March Selasa

"bangun da ke Incik Is.." cam biasa. semangat jer kita SMS dia jam 6.55am.. Bukak2 mata jer terus cari HP..Pergi kerja cam bias.. SMS memang tak putus2..Da makin cekap kita SMS guna touchscreen.Petang tu baru teringat kena tukar tayar My BabY LiON sebab wikend ni nak balik KLATE.. Incik MiS cadangkan kite tukar kat Kajang je.. At last dia bagi option lain sebab takut jam n bila sampai kedai tutup then buat penat je la...
Siap SMS cam ni " Jauh tu. Takut jam jugok..Kalu dok survey hok kt nilai jah.. Nok tunggu Is ko? Ko nok tukar keto? Esok IS tukar kt Shah Alam.. Byk doh option ni.." Hmm.. Terus kite reply "OK" je.. Ok untuk option yang mana pun tak tahu.. YAng pastinya kita memang akan ke Bangi jugak untuk semua OPTION tue..haha.. malam tu Incik MiS bawak g makan Mee Bandung kat Kajang.. Ok la dia pinya food n environment pun boleh tahan..Menyembang n melihat gelagat2 orang (kebetulan malam tu ada yang buat drama.. laki bini bergaduh.. Kami curi2 dengar jer..hehe).. Malam tu Incik MiS hantar kita balik Salak Tinggi..BaBy LiOn tinggal kt dia sebab nak tukar tayar esuknya.. Terharu sangat... Selama ni semua benda buat sendiri..

2011, 09 March Rabu

Hari g keje tumpang hosmate sebab Incik MiS bawak BabY LiOn tukar tayar.. Dalam kereta tu dia dok layan My fovorite Cd.. OSt Cite Korea My Girl... Sweett kan.. harhar...Siap cakap perangai kite sebab pengaruh DvD.. Tengahari tu Incik MiS pergi tukar tayar.. Lewat dia lunch.. Naseb la.. Nama pun nak ngorat, kena berkorban lebih skit.. Balik keje bersungguh dia datang Salak Tinggi.. Mlm ni dinner kat KFC Giant, Nilai.. Then bawak Incik MiS g rumah offismate yang dalam pantang..Tengok Baby. Senag je Incik MiS ni nak bawak g mana-mana..Tak banyak soal. Harapnya dia kan cam tu sampai bila2.. Incik Mis sampai rumah dia kat BAngi dalam kul 12:30.. Siap kena tahan ngan guard lagi sebab kete tak da sticker..hehe.Balik rumah sambung ngan bergayut.. "Is, kite nak bgtau sumthing nie" (biarkan dia tertanya2..)

2011, 10 March Khamis

"Morning. gapo dio gak nak royak mlm td" sms pertama dia.. Mesti tidur tak lena Incik MiS dok pikir..haha.. Biarkan saja...Balik keje Incik MiS datang amik and then hantar dia balik bangi.. Sebelum tu kita singgah pasar malam taman seroja..Beli corn in cup.. Boleh makan dalam kete..Hari ni solat magrib kat rumah Incik Mis..

2011, 11 March Jumaat

Hari ni request Incik MiS untuk start panggil sayang kat kita. Gedikkkss.Tapi, dia siap bgtau lagi, kalau nak dipanggil sayang kena bgtau dia yang kita dok simpan n nak bgtau dia tue... Kecik hati gak dengar.. Sadis.. "Dalam hati ada taman"..Waktu office ni dok ber sms jer.. Tak cukup Sms bergayut plak.Siap dia bgtau tak sabar nak balik dari office lagi sebab nak g jumpa kita.. So, Sweeettt... Petang tu dia meeting kul 3.. tau tak pukul berapa dia habis meeting?? Kul 630 tau.. Ntah ape2.. Sessi bercerita... Cett rupanya dia pun ada cerita.. Cerita di sebalik cerita...

Wednesday, March 9, 2011

Belajar untuk meghargai :)

24 ciri orang mencintai anda


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia
mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya  yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan
kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui
sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi',
'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun
kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan
cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi
berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu
adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau
mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui
bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti
berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak
kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti
kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu
kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi
akhirnya dia berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu
kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu
berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk
memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin
buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di
telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa
sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan
nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa
pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata,
dekat dihati?'

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti
seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah
malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal
hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan
tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan
melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan
sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan
permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu
kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat
kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga
buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia
akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu
membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada
menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa
menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab
dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu]kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa
menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Amik dari : tentangcinta.com

P/s : Saya try untuk menghargai awak Incik MIS

Monday, March 7, 2011

How I Meet My Incik Is.. Part 1

From NiHon With Love...そうですか。


cenginni ceritanya... chewh2.suspend je nak cerita how do i meet my mr. right..MIS..Nak kata cerita kami ni ala2 fairy tale tu tak la jugak.. tapi segala-galanya bermula di NIHON...Time tu Winter season.. Sebelum dilanda Tsunami 20 Feb ~ 4 March 2011..Nasib baik kami balik awal kan...

Both of us kena attend workshop utk cari ilmu tentang System solar PV .tapi, dua2 terpesong dr niat asal.. Ke jepun mEncari Jodoh.. haha.. (kebetulan... Walaupun sebelum pergi Japan, macam berat sangat hati nak pergi dgn mcm2 masalah timbul)..


Starting point sebenarnya bermula dengan tragedi di UENO market..ni 3rd day kami kat NIHON...Memang heaven gile la shopping kat sini.. Mula2 berjalan dalam group, then berpecah sebab masing2 da excited..Then, decide nak gather balik dalam pukul 7.00 pm depan UNIQLO Shop.. Nak dijadikan cerita yang saya n  group ladies terlewat la dlm 5 minit je..Sampi depan UNIQLO dalam 7.05pm.. Tunggu punya tunggu, diorang ni tak muncul2.. Nak balik hostel dulu, risau diorang ni tak tahu jalan balik.. Nak kata diorang ni da balik dulu, macam tak logik..Last skali, kitorang decide kalau by 8.00 pm diorang xmuncul2 kitorang balik je dulu n tunggu kat hostel..


Sampai kat hostel dalam kul 830, tengok2 diorang ni semua dah ada kat hostel.. Hangin la jugak kan, dah la terlepas Dinner malam tu... Tapi kejap je hangin, sebab Incik Is n member dia belikan kitorang nasi. So sweet!!! Lega sikit sebab dapat makan nasi. Lepas tu baru tahu nasi tu bukan dibeli untuk kitorang pun, rupenya diorang standby je nasi tu incase tak sempat nak dinner kat kafe.. Bagi kat we all pun sebab diorang sempat menjamah Dinner.. Cett.. Kalu la tahu awal2 lagi saya sanggup berlapar:p


Pastu sambung hangin balik... Mula2 ingat tak nak bertegur la ni tambah2 dengan 'Kapla' yang decide untuk tinggalkan kitorang kat UENO tue.. Siapa lagi kan kalau bukan Incik MIS. Hari first kat AKIHABARA dia da tunjuk belang dia.. Masa tu, one of guy dah tersesat dari group, lama juga kami tunggu kawan yang sorang ni.. Tapi, tak muncul2 juga..Incik Is pun nak tunjuk la HerO dia decide untuk tinggalkan kawan dia n yakinkan kami yang guy tu can survive... Hmm... 1st Impression kat Incik IS masa ni.. "Wow, confidentnya dia buat decission" Ok la tu.. 1 point for you..hehehe


So, hari berlalu seperti biasa..Every morning ada lecture n sebelah petang plak praktikal.. Incik MIS ni sangat Energetic dalam kelas.. Kejap2 SUMIMASEN.. Kejap2 SUMIMASEN untuk tanya soalan.. Kagum gile.. Yang saya ni nak mengantuk pun tak jadi nak tidur sebab xhabis2 lagi kagum dengan dia ni..Silap2 harinulan boleh masuk mimpi masa dalam kelas.. Ni point ke-2 untuk awak Incik MIS...


Wikend yang ditunggu2 telah tiba...Trip to TokYO DiSNeYLaNd..

 Ni pic kitorang kat pintu masuk Disneyland.. 
sopan sungguh saya di sisi Incik Is.. haha
Kisah bermula dengan benda ni la...Big Thundar Mountain..

"The Gold Rush made dreams come true. But decades later, it seems to have turned into a nightmare. This abandoned mine sure has seen better days, and strange, unexplained and dangerous things are starting to occur. They say driverless mine trains are roaring down the tracks at spine chilling speeds... Are you brave enough to give it a try?
"The mine trains tear through the wilds of Westernland, and just try not to scream when you head straight for the red rock face or shoot straight up the side of the mountain! And who knew that all those animals lived in the rocky mountains. This is one very popular thrilling attraction"
korng bleh bayangkan x perasaan masa ni.. suspend gilos..  Nak naik benda ni punye la beratur pjg.. Dekat 2 jam kitorang beratur.. Masa ni xtau nak ajak sape dok sbelah... Memg cuak gile la sebb dok dengar org jerit2 masa naik bendalah ni..huhu.. akhirnya munculla putera katak utk selamatkan Princess yg dikasihinye..:p Dgn tergedik2 nya berjaya gak pujuk Incik MIS utk teman dok sebelah..


Kalau ikutkan cerita Incik Is, dia jatuh ati ngan saya masa kitorng n group berjalan2 di Tokyo Disneyland.Time ni dia KOYA sensorg je la..kui..kui..kui.いいですね。
Q pjg time ni... masa ni da berjaya da pujuk Incik Is.. yeay..










Saturday, March 5, 2011

Mari mengenal Diri sendiri

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
BeSdAY sAYa 01 11 1984

1 + 0 = 1
Maka kotak pertama adalah 1..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
0 + 1 + 1 + 1 + 1 + 9 + 8 + 4 = 25

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 5 = 7
Maka kotak kedua adalah 7..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
1 + 7 = 8
Maka kotak ketiga ialah 8..

Hasilnya..
1: Pemimpin
7: Patuh
8: Bisnes

P/s : chewah2.. Dah boleh jadi politician nie..

BeSdAY MIS 24 07 1982

2 + 4 = 6
Maka kotak pertama adalah 6..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 4 + 0 + 7 + 1 + 9 + 8 + 2 = 33
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
3 + 3 = 6
Maka kotak kedua adalah 6..


Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

6 + 6 = 12
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
1 + 2 = 3
Maka kotak ketiga ialah 3..

Hasilnya..
6. Angin
6. Angin
3. Kemas (Cerewet)

P/s - Angin juga rupanya Incik MIS nie.. Cerewet tu yang tak tahan tu:p

Ni info yang lain plak..
1 = Anda Mempunyai Ciri-Ciri Kepimpinan. Kemungkinan Semasa Alam Persekolahan Atau Selepas Anda Dilantik Menjadi Ketua Atau Penolong Atau Dalam Persatuan. Kemungkinan Juga Anda Menolak Perlantikan Dalam Jawatan Tersebut.

2 = Anda Punyai Komunikasi Atau Penyampaian Yang Baik. Suara Anda Kedengaran Lantang Dan Jelas. Mungkin Juga Anda Susah Atau Malu Nak Mula Bercakap Namun Apabila Sudah Mula Anda Kelihatan Mesra.

3 = Pergerakan Anda Sangat Cepat Atau Lain Kata Anda Tidak Suka Bertangguh Dalam Sesuatu Perkara.

4 = Anda Suka Merancang Dan Juga Anda Suka Kepada Ilmu Pengetahuan.

5 = Anda Seorang Yang Punyai Prinsip Sendiri. Contoh Jika Anda Kata “A”, “A”Lah Jawapannya, Jika “B”, “B”Lah Jawabnya. Atau Anda Tidak Terus Membuat Keputusan Serta Merta Dan Anda Akan Fikir Dahulu Dan Jawapan Akan Diberi Kemudian.

6 = Anda Mempunyai Sifat Kekeluargaan Atau Ambil Berat Tentang Keluarga. Ini Membuatkan Anda Bagus Dalam Perancangan Kewangan. - Ini Incik MIS punya

7 = Anda Punyai Ramai Kawan Atau Mudah Mendapat Penyokong. Ini Membuatkan Hidup Anda Nampak Bertuah. - Ini saya punya

8 = Anda Seorang Yang Bertanggungjawab Sama Ada Terhadap Keluarga Atau Kerjaya. Contoh Dalam Kerjaya Atau Persekolahan Jika Diberi Tugas Atau Kerja Rumah Anda Akan Selesaikannya Walaupun Memakan Masa.

9 = Anda Suka Mengejar Kejayaan Atau Aset. Mungkin Juga Anda Memikirkan Perniagaan Yang Membawa Keuntungan.

personality kami

Personality kami mengikut tarikh lahir..

Ni bESday saya:)

01 + 11+ 1984 = 1996


1 + 9 + 9 + 6 = 25
2 + 5 = 7 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) Keterangan nombor lahir..

7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan m ereka tidak mempengaruhi keputusan mereka
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Glongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

Ni MIS punya besday

24 + 07+ 1982 = 2013
2 + 0 + 1 + 3 = 6 (Jadi nombor lahirnya ialah 6) Keterangan nombor lahir..
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein,
Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist