Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Wednesday, January 2, 2013

Breast Abcess; Part 1

Dah bersawang dah blog mama Hadif nieh.. 

Hari ni nak kongsi pasal Pengalaman saya mengenai "Breast Abcess".. Mungkin ada yang tak tahu dan tak pernah dengar. Saya sendiri mengaku memang tak pernah tahu pun tentang menda alah ni, tetapi bila alami sendiri baru tahu kewujudannya.. dan ramai jugak yang pernah mengalami..

Ceritanya begini. Masa tu Baby Izz Hadif baru 27 hari. Memang Hadif kuat menyusu cuma mamanya yang tak tahan sakit. Nipple luka. Mungkin sebab teknik penyusuan yang salah..

So, untuk elakkan bengkak susu saya just pump. kalau pump pun dapat 1- 2 oz sahaja. Tu pun dah bersyukur sangat.. Itu rezeki Hadif yang Allah berikan untuk susu mama kepada Hadif.. So, terpaksalah mama topup ngan susu formula..

Since ada konvokesyen adik kat UiTM Shah Alam, terpaksalah saya and baby Izz Hadif diangkut ke KL.. kalau nak stay kat kampung siapa plak nak jaga kami berdua kan. Sebenarnya excited gak nak ke Kl.. dapat balik rumah sendiri n yang paling utama dapat uruskan anak bersama suami.
So, kami bergerak dari kelantan ke KL pada pukul 10.00 pagi dan elok2 jer sampai rumah kami di Bandar Saujana Putra sebelum Magrib.. Alhamdulillah.. Perjalanan memakan masa 8 jam yang sangat lancar.. Baby tak meragam pun.. Cuma lenguh gak lah memangku si kecik nieh.. Tu pun bergilir2 dah dgn Mak..

Disebabkan masalah kekurangan susu nie, saya pun suruhlah hubby beli Lobak Putih utk buat sup.. Petua nie saya baca kat internet. Dengan seronoknya bila pump boleh dapat dalam 4 oz. Sangat gembira.. Langit tak selalunya cerah..
Dalam masa yang sama saya telah diserang cirit birit yang melampau.. Sungguh tak larat nak jaga diri sendiri, dan terpaksalah Suami amik cuti untuk jaga saya n anak.. Sebab parents kena pergi Majlis Konvokesyen adik. Seharian saya tak dapat nak menyusukan baby, makan pun tak boleh mesti nak keluar balik.. 
Sangat tak larat. Malam tu kakak ipar datang, then sayasuruh kakak Ipar tolong jaga Hadif...Sangat Terpaksa.. dan kami berdua pergi Klinik..

Setelah diperiksa oleh doktor, memang doktor cakap sebab food poisoning.. Dan telah diberi ubat tahan muntah..Esuk tu cam dah sehat. Dan next day tu dah plan nak balik ke kelantan. Masa tu Breast dah rasa penuh n berat dah.. Tapi, bila pam dan direct feeding Hadif tak surut2 juga.. Yang kuar masa pump tu tetap tak banyak.. Maybe dah tersumbat ke apa tak pastilah..

Sampi di kelantan



To be continue....








me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist