Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Tuesday, February 28, 2012

Resepi Kuah Kacang

Tetiba Mr. Hubby msg " Sayang, nak masak apa untuk farewell officemate B"..  Da mula la mati kutu.. Maklumlah selama nieh masak untuk kami berdua jerk. Mana pernah nak masak2 untuk ramai2 nieh.. Pikir punya pikir then decide nak masak Kuah Kacang n Nasi Impit. So, dari Mr. Google and officemate then dapatlah Noniey resepi yang agak simple n mudah nak ikut untuk "first timer" cam i ni kan.. haha..


Mula2 pegi kedai beli barang2 berikut...

1. Bawang Merah Kecik - 10 ulas *
2. Bawang Putih - 2 Ulas *
3. Halia - 1 Inci *
4. Buah Keras - 2 biji *
5. Lengkuas 1/2 inci - Dititik
6. Udang kering - 10 gm - Tumbuk
7. Serai - 3 batang - Dititik
8. Kacang Tanah - 500 gm
9/ Asam jawa - 10gm


* Bahan untuk dikisar


Ok.. dah boleh start masak.


1. Goreng Kacang Tanah dengan minyak.(kalau malas nak tunggu bolehlah goreng kacang tanpa minyak. Kalau goreng dgn minyak mmg kene rajin kacau sebab dia cepat hangit nanti).

2. Pastu da masak kene blend kacang tu. Buat dua jenis. Satu yang jenis hancur giler satu lagi kasar2 sikit. kalau goreng tanpa minyak, kulit kacang tu kene buang dulu. Da siap, letak tepi dulu..

3. Blend semua bahan yang DiBOLD kat atas tuh..( malas giler nak tulis..).

4. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak.

5. MAsukkan udang kering yang ditumbuk, serai dan lengkuas yang dititik.

6. Then, masukkan air asam jawa.

7. Tambah air dalam 3 cawan, dan masukkan kacang sedikit demi sedikit. (make sure tinggalkan sedikit incase kuah kacang xpekat).

8. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.

No comments:

Post a Comment

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist