Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Monday, September 30, 2013

Izz Hadif 11 bulan

Pejam celik pejam celik Dah besar dah anakanda ni..

Mama macam tak percaya jer Hadif dah nak masuk setahun bulan depan.. 


perkembangan Hadif pada usia 11 bulan :)
  • Dah ada 4 batang gigi (2 atas dn 2 bawah).. Lagi 2 batang gigi atas baru nak tumbuh.
  • Sangat malas untuk berjalan.. Kalau nak ajak berjalan mesti xmo.. siap tundukkan muka ke lantai.. nak jugak mama dukung dia
  • Suka main gelek2 benda spt botol air dari pintu depan sampai ke dapur..
  • Masih dalam cubaan untuk berdiri sendiri..
  • Sudah berjaya memanjat tangga. So Scary..
  • Pandai sebut mama dan papa...
  • Kejap pandai babai.. kejap tak pandai.. huhu..
  • Sangatlah nampak anak papa.. Setiap kali xnampak papa mesti tunggu kat depan toilet or tunggu kat tangga..
P/s bulan Depan Hadif dah setahun... Kene fikirkan Birthday party dia.. Tak sabarnya..





Friday, March 15, 2013

kelebihan Menjana pendapatan Dengan SHAKLEE

Apa uniknya Shaklee dan kenapa saya memilih Shaklee?
  1. Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada dalam pasaran. Produknya yang asli dan semulajadi benar-benar menawan hati saya ditambah ia memberi kesan yang hebat pada taraf kesihatan saya dan keluarga.
  2. Ia antara syarikat MLM yang adil. Once dah bergelar pemimpin (bermula tahap Supervisor) bermakna kita dah break dari upline kita. Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid maka bonus kita dibayar mengikut usaha yang kita berikan. Dalam Shaklee pendapatan kita boleh melebihi pendapatan upline apabila kita berusaha dengan lebih baik. Bukan sahaja pendapatan, malah kita mampu melangkaui pangkat upline kita sekiranya kita rajin berusaha.
  3. Bonus dibayar tidak melalui upline atau mereka yang sponsor kita tetapi ianya langsung dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk tunai. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat.
  4. Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang kita bayar. Produk asli dan semulajadi terbukti apabila tiada silikon gel di dalam botol vitamin Shaklee.


Apa kelebihan menjadi ahli?
  1. Dapat membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
  2. Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
  3. Jika berminat untuk menjana lebih income, ada kelas tertutup disediakan melalui Group Biz tertutup khas untuk ini.
  4. Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee
 
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 894672 sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian ShakleePendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee
Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian.

Jom sertai kami..!!!

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, March 12, 2013

Cara nak tambah berat badan Anak

Alhamdulillah.. Semalam pergi checkup anakada terchinta Izz hadif kat KK jenjarom. Checkup 4 bulan.. No injection cuma nak monitor perkembagan dia sahaja.. So, semalm timbang berat Hadif 5.45kg dan panjang dalam 63 cm. BMI dia dalam 13.37.. Makin turun BMI dia n dah masuk Zone kuning dah.. Risau jugak kan..
Noniey nak kongsi tips untuk tambah berat baby ni.. Hope berkesan untuk Hadif dan bayi anda.

Cara tambah berat badan bayi.

HENTIKAN dan kurangkan pemberian solid food (makanan separa pejal) kepada anak yang umurnya kurang 6 bulan.

  • Susu ibu mengandungi nutrisi yang lengkap. Sesetengah solid food mungkin kurang bernutrisi berbanding susu ibu. Bila dah mula bagi Solid food menyebabkan bayi rasa kenyang dan kurang mahu menyusu. YAKINlah susu ibu mampu memberikan bayi anda nutrisi yang lengkap.
TIDUR bersama bayi dan berdekatan dengan bayi anda

  • INi sedikit sebanyak dapat menambahkan kekerapan anda menyusukan anak. Sekaligus menggalakkan rembesan hormon prolaktin untuk penghasilan susu.

SUSUkan bayi anda setiap 2 jam sekali. Semakin kerap sesi penyusuan bayi makin tinggi kebarangkalian bayi untuk bertambah berat badannya.

  • Pastikan bayi anda mendapat "Foremilk" (susu cair semasa awal penyusuan) dan "Hindmilk" (susu pekat dan kaya dengan nutrisi) dan setiap kali sesi penyusuan. Habiskan penyusuan sebelah payudara dahulu sebelum bertukar ke sebelah satu lagi.

URUTAN pada bayi mampu menaikkan berat badan bayi



  • Teknik urutan mampu melancarkan sistem pencernaan bayi dan membantu meningkatkan berat bayi.

Harapnye ibu-ibu diluar sana tak payah rungsing. Cuba cara ini dahulu sebab senang je kan.
jemput ke blog vitamin Hanim www.belogsupermama.blogspot.com










Friday, February 15, 2013

I ♥ BREASTFEEDING; Harapnya Berjaya susukan anak sehingga 2 tahun.. Amin

Alhamdulillah.. Sekarang Baby Izz hadif dah menginjak umur 3 bulan... Begitu jualah dengan perjalanan Noniey breastfeed anak.. Banyak sungguh liku-liku dan cabaran2 nak nyusukan putera kesayanganku itu.. Harapan Noniey dalam penyusuan ini semoga boleh EKSLUSIF BREASTFEED tanpa bantuan susu formula untuk 2 TAHUN nie. 2 tahun je Noniey..Buat masa sekarang still lagi memerlukan FM. Redha..

Tak sangka breastfeeding memang menguji ketahanan kita dan mengundang byk air mata..


Masa mengandung, banyak forum dan thread2 berkaitan penyusuan susu ibu ni, dari topik ke topik, page ke page saya baca penuh ketekunan dan blogwalking utk kumpul sebanyak mungkin maklumat dan persediaan ttg breastfeeding.

Bila nak bersalin pun tahap keyakinan dalam breastfeeding ni sangat tinggi dan Noniey rasa semakin READY.

Walaupun Noniey dah banyak kumpul maklumat untuk persediaan breastfeeding ni dugaan dan cabaran tetap ada.

Di awal2 minggu kelahiran noniey tak tahu camane nak make sure baby Hadif betul latch masa menyusu.. Akibat teknik latching salah nipple dah luka dan berdarah.. Sambil menyusuakn baby sambil air mata ni mengalir..

Noniey mungkin jenis tak kuat semangt.. Tanpa berfikir panjang Noniey stop breasfeeding n rela Hadif diberi FM masa tu.. Ni adalAh PENYESALAN noniey tentang breastfeed nie..

Sepatutnya noniey bertahan jer. tapi, Noniey tak mampu.. Maafkan Mama Hadif..(sambil tulis nie menitik gak air mata.. sedeh sangat bila ingat balik..)

Masa Hadif umur dalam sebulan setengah Noniey pulak kena bengkak susu. Kebetulan pulak time tu kene cirit Birit yang tahap TERUK jugak.. sampaikan nak jaga diri sendiri pun tak larat apatah lagi nak handle baby.. dah macam2 antibiotik dan segala macam ubat terpaksa ditelan time tu..

Dalam hati semoga cepat sembuh. SUSU yang semakin membengkak tu cuba dipam, dah dipicit2 dan dituam, tapi yang kuarnya sikit saja.. kadang2 bagi jugak kat baby Hadif tapi, Hadif memang taknak.. tambahan pulak nipple luka time tu so bila Hadif tolak tu memang tak berusaha bersungguh2 nak bagi. .
Bengkak susu dah melarat menjadi breast abscess and kena operate sebelah KANAN breast untuk keluarkan nanah. Tempat operate tu plak tak dijahit semula, it was left as an open wound. Panjang gak diorang operate dalam satu inci setengah.. Dalamnya toksah cakap lah. Bayangkan muat disumbat kain gauze dalam 2 keping dalam luka tu. Bayangkan.. Dalam luka tu..Selama Dua minggu terpaksa angkut anak g klinik untuk cuci luka tu. Sakitnya Allah je laa yang tau. Dan selama itulah susu yang kuar dari breast yang operate tu terpaksa dibuang.
Dengan menggunakan pam manual terpaksalah pam jugk utk make sure production tetap ada. Tapi, setakat manalah nak pam pun, rasa ngilu kat luka tu buatkan Noniey kurang pam. Bila dah start masuk opis, rasa macam dah tak larat nak pam guna manual... So, upgrade lah ke pump MEDELA yang mahal beratus hinggit tu , sebab semangat nak BF anak.
Tambahan pulak officemate ada offer Trial Pack SHAKLEE untuk banyakkan susu. Noniey dah sedia maklum yang Vit SHAKLEE ni Vit Organik. So, takdalah banyak soal sangat. Trial Pack Set B Mengandungi vit c, vit b complex, vitalea (multivitamin) dan alfalfa. dan Noniey juga amik ESP. Bila amik ESP nie boleh nampak kepekatan susu dah lain. Sangat lazat dan berkrim.. Chewah..
Alhamdulillah.. buat masa sekarang nie bila sekali pum dapatlah dalam 3 oz.. compared to dulu nak dapat 1 oz pun susah... Rezeki Allah bagi. Yang penting usaha.. Gigih mengepam kat opis.. Kalau sempat, 4 sesi pam.. kalau xsempat hanya 3 sesi sahaja. Dan sekarang tengah wajibkan diri utk pam sebelum tidur. Chaiyok2..
Terima kasih SHAKLEE.. Dan bermula di saat ni Noniey terus menjadi pengedar SHAKLEE..  Siapa nak beli barang SHAKLEE bleh guna ID Noniey 894672.

Wednesday, January 2, 2013

Breast Abcess; Part 1

Dah bersawang dah blog mama Hadif nieh.. 

Hari ni nak kongsi pasal Pengalaman saya mengenai "Breast Abcess".. Mungkin ada yang tak tahu dan tak pernah dengar. Saya sendiri mengaku memang tak pernah tahu pun tentang menda alah ni, tetapi bila alami sendiri baru tahu kewujudannya.. dan ramai jugak yang pernah mengalami..

Ceritanya begini. Masa tu Baby Izz Hadif baru 27 hari. Memang Hadif kuat menyusu cuma mamanya yang tak tahan sakit. Nipple luka. Mungkin sebab teknik penyusuan yang salah..

So, untuk elakkan bengkak susu saya just pump. kalau pump pun dapat 1- 2 oz sahaja. Tu pun dah bersyukur sangat.. Itu rezeki Hadif yang Allah berikan untuk susu mama kepada Hadif.. So, terpaksalah mama topup ngan susu formula..

Since ada konvokesyen adik kat UiTM Shah Alam, terpaksalah saya and baby Izz Hadif diangkut ke KL.. kalau nak stay kat kampung siapa plak nak jaga kami berdua kan. Sebenarnya excited gak nak ke Kl.. dapat balik rumah sendiri n yang paling utama dapat uruskan anak bersama suami.
So, kami bergerak dari kelantan ke KL pada pukul 10.00 pagi dan elok2 jer sampai rumah kami di Bandar Saujana Putra sebelum Magrib.. Alhamdulillah.. Perjalanan memakan masa 8 jam yang sangat lancar.. Baby tak meragam pun.. Cuma lenguh gak lah memangku si kecik nieh.. Tu pun bergilir2 dah dgn Mak..

Disebabkan masalah kekurangan susu nie, saya pun suruhlah hubby beli Lobak Putih utk buat sup.. Petua nie saya baca kat internet. Dengan seronoknya bila pump boleh dapat dalam 4 oz. Sangat gembira.. Langit tak selalunya cerah..
Dalam masa yang sama saya telah diserang cirit birit yang melampau.. Sungguh tak larat nak jaga diri sendiri, dan terpaksalah Suami amik cuti untuk jaga saya n anak.. Sebab parents kena pergi Majlis Konvokesyen adik. Seharian saya tak dapat nak menyusukan baby, makan pun tak boleh mesti nak keluar balik.. 
Sangat tak larat. Malam tu kakak ipar datang, then sayasuruh kakak Ipar tolong jaga Hadif...Sangat Terpaksa.. dan kami berdua pergi Klinik..

Setelah diperiksa oleh doktor, memang doktor cakap sebab food poisoning.. Dan telah diberi ubat tahan muntah..Esuk tu cam dah sehat. Dan next day tu dah plan nak balik ke kelantan. Masa tu Breast dah rasa penuh n berat dah.. Tapi, bila pam dan direct feeding Hadif tak surut2 juga.. Yang kuar masa pump tu tetap tak banyak.. Maybe dah tersumbat ke apa tak pastilah..

Sampi di kelantan



To be continue....








Friday, July 6, 2012

Doa Sang Isteri...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Ya Allah..

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku diduniamu tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah
Sesungguhnya. .
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah

Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah
 Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar akan hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suami
Amin, amin Ya Robbal Allamin..

Friday, June 15, 2012

Demotivated bila disahkan GDM...

Hari nie kene pergi buat MGTT (Glucose Tolerance Test). Kaedahnya..Minum Air Gula...

So, malam tadi kene start puasa (tak boleh makan n minum) bermula jam 10.00 malam...

Then , pagi tu secepat yang boleh nak sampai kat KK Salak.. Maklumlah Rumah kan jauh.. Hari2 dok travel dalam 40km.. Sebenarnya takut tak tahan lapar.. Lagi lambat sampai KK lagi lama lah terpaksa berpuasa.. hukhuk..

Sebelum minum air gula tu, kene cucuk kat lengan untuk amik darah.. Then, minum air gula segelas.. Alhamdulillah lah air gula yang Cik Misi buat tu suam2.. So, boleh lah minum tanpa halangan..hehe..

Then amik darah balik.. Dua kali cucuk kat lengan.. lebam jugak lah lenganku yang mulus Gebu nieh..

Resultnya..

Fasting = 5.3 mmol/L
   (Patient has GDM if  > 5.6 mmol/L)

2hrs (After 75g glucose) = 8.1 mmol/l
   (Patient has GDM if  > 7.8 mmol/L)

Dan Anda disahkan Menghidap GDM..

Sedeh sangat..

Tuesday, March 27, 2012

1 Step : Buka Buku Merah Klinik

Tahu2 jer pregnant terus menggoogle kat tenet pasal nak bukak buku merah nieh. Tambah2 lagi untuk First mommy ni kan. Ibu 2 yang mengandung mesti da familuar ngan istilah buku merah ni kan.. Ni bukan passport untuk kita travelll.. Ini passport untuk ibu mengandung..

Teringat bait2 lagu Zizan, Bawa Aku pergi " Buku merah jagan lupa bawa".. So, untuk ibu2 mengandung ni buku ini memaNG sentiasa perlu ada dalam handbag. Incase jadi apa2 kan..
Noniey sekarang dah dalam 5 minggu pregnant.. So, direct jer call Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA) Salak. Nak tanya prosedur untuk bukak buku merah.

Nurse tu just tanya "Confirmkan pregnant?Berapa mimggu? First time mengandung ke, kalau confirm just datang untuk bukak buku. Lagi awal lagi bagus. Senang pihak kami nak monitor"

Kita tanya lagi, " nak kena bawak apa2 ke nurse"

"Tak perlu bawak apa2 pun, bawak IC jerk" jawab nurse selamba.

Noniey pun rasa pelik jugak la kan.. senang je pun proses dia. Takdalah sesusah benar pun. Tapi, make sure BUku Merah ni korang buka di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan alamat rumah korang. Diorang tak benarkan register kalau alamat yang bukan daerah yang sama. Ini penting untuk nurse visit selepas bersalin nanti.

Tapi, jika ada KKIA yang berdekatan dengan office ke kita boleh tumpang checkup kat KKIA (kira mcm menumpang) la.. Takda hal pun. Cuma masa nak bukak buku jer dia minta register di KKIA ikut alamat kita.

Semangat berkobar2... tak sabar nak g bukak buku kat Klinik Kesihatan Salak. Siap suruh Hubby cuti lagi.. Semangat tau..

Sampai kat Klinik, terus register dekat bahagian Ibu dan Anak.. Cakap kat receptionist tu nak bukak buku Merah. Diorang akan bagi dua buku untuk kita tulis details pasal ourself.. Satu buku tu untuk kita punya simpanan dan satu lagi untuk simpanan Klinik..

Info yang diperlukan ialah nama, no. IC, Adress Rumah, No. H/P , Pekerjaan, Nama Suami, Pekerjaan Suami, Alamat Kerja Suami dan No. HP Suami..

Then akan ada sesi interview dengan Nurse..Masa nie nurse akan soal pasal kitar period dan tarikh last period.. Penting untuk tentukan Due date bersalin nanti. kene jujur dan ingat. Masa nie juga dia tanya sejarah perubatan diri dan keluarga (ibu dan Ayah)

Pastuh nurse akan amik tekanan darah dan berat dan tinggi. Then dia amik sample urin utuk ujian. Sesi penerangan sikit dari nurse tentang penjagaan kehamilan.

Mode : Excited dah ada buku Merah..

Friday, March 16, 2012

UPT Positive... Alhamdulillah..

Bila da Cik P lewak agak2 9 hari tu.. rasa sangat berdebar2.. Dalam hati rasa cam tak sabar jerk nak suh Incik Hubby p beli Pregnancy Test.. almaklumlah saya nieh agak pemalu..huahua..Balik keje jerk, berdebar2 nieh tunggu incik hubby sampai rumah. Perasaan bercampur baur.. Tapi, malas nak berharap sangat, takut kecewa..

Masa nak mandi petang tu senyap2 wat masuk2 UPT dalam toilet. Memang tak sabor nak test. padahal waktu yang plaing sesaui untuk buat UPT adalah awal pagi kan. Masa bangun dari ttido. Tapi, tawakal je lah. Kalau ada rezeki adalah..

So, bila da test dalam 10 saat 1st muncul. Hati masih berdebar2. Dalam 30 saat menunggu keluarlah 2nd Line yang agak faint. So, jadi double line means that u are pregnant..

So, untuk confirmation kene wat UPT kat Klinik..

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist