Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Thursday, October 20, 2011

Post 17 : Checklist Hantaran Kahwin

""" 27 NOVEMBER 2011"""

For Her ~ Incik MiS to Cik Hanim

1. Mas Kawen & Wedding Bracelet
2. Sireh Junjung
3. Heels
4. Handbag
5. Al-Quran/Tafsir & Rehal
6. Make up set
7. Buah
8. Kek/Coklat
9. sURPRISE


.....:::::%%%####$$$$$$$####%%%::::::....


For Him ~ Cik Hanim to Incik MiS

1. Wedding Ring

2. Sireh Junjung
3. Kemeja n  Pants
4. Wallet n Belt
5. Casual Shoes
6. Al-Quran/ Tafsir & Sejadah
7. Set Perfume
8. Kek
9. Chocolate
10. Buah
11. sURPRIsE




 
..:: All about her preps to become a bride ::..

 
 
   

2nd Day B @ Korea

Hari ni sayang biasa je.. Tak stress sangat sebabnya da submit promotion report semalam. Kembali ke workload kat lab. Busy jugak..

 Nak bgtau jugak, hari ni termakan nasi untuk tengahhari..hukhuk.. Tidak disengajakan ok.. Lunch hour tadi tak larat nak kuar, then kirim lunch kat awa jerk. Sayang kirim ikan Keli sambal n sayur kacang panjang goreng.. Tak pesan nasi pun, tapi awa salah faham.. So, nak elakkan pembaziran sayang pun makan la.. Rezeki Sayang untuk hari ni..hehe...

Hari ni tak sedey sangat walaupun rindu pada B... pagi tadi B msg
"Sayang! B br lepas opening Ceremony kt KATS. Hari kena pakai suit. Skrg odw blk ke tmpt lecture. Lunch then kul 12 start lecture. Mlm ada dinner"

Hmmm.. Setel terus pasal B sebab B dah update kat sayang... Lagipun malam tadi dah chat video ngan B walaupun tak kuar suara..hehe.. Its ok untuk sayang.. semalam sayang sedey sebab tengok B tak sehat...

Sayang tak setelkan lagi Bil api n Bil air umah sewa B tue..  Hari ni ada ura2 mengatakan NMSL akan masuk government tahun depan.. InsayAllah.. Pagi tadi sayang tanya Dr. Nasir dia taknak cakap.. Dia cakap biar VP yang bgtau.. Kita tunggu je la yek..

Hmm.. tak tahu nak update apa lagi kat B....Sedey la plak rasanya.. haha.. Rindu sangat.. Sayang selsema lagi hari ni.. Sakit kepala gak, maybe sebab selsema.. Aduih.. B pun semalm selsema kan.. So, hopefully hari ni semua da recover ye..Banyakkan bersabar  n makan ubat ye Dear... Ok.Luv you B.. Miss U so much...




P/S I luv U....




Wednesday, October 19, 2011

1st Day B @ Korea

Akhirnya berjaya siapkan Promotion report untuk tujuan kenaikan pangkat 2011.
Due date report tu kena hantar kat HR on 20 Oct 2011. Sebenarnya dapat email khamis lepas mintak submit promotion report, tapi terlalu banyak sangat workload kat lab tu. jadi, agak kelam kabut jugak la nak menyiapkannya..Takpe.. YAng penting berjaya siapkan on time... Alhamdulillah..Mudah2 an Allah memberi ganjaran ke atas usahaku selama 4 tahun berkhidmat di NML ni... Amin...

"Oh KEKANDA jangan iri hati, DINDA naik pangkat lagi..."

huhu.. Sedey plak teringat kat B... Pagi tadi, sayang bangun tidur cam sedey nak tengok HP.. tapi, happy sangat sebab ada SMS B.. B cakap da sampai kat Aiport Seoul. Alhamdulillah B selamat sampai.

Malam tadi Sayang tidur lambat, saipkan Promotion report. Hari ni sangat busy saipkan report tu. Email pun tak bukak, HP memang ntah ke mana da.. Maybe tertinggal kat Baby Lion. Kul 3 tadi bukak Outlokk, tengok email dari B. B just state Salam jer. Tapi, cukup membuatkan rindu sayang terubat.. Miss U so much B...
Balik Office ni, B takkan call sayang da selama 10 hari ni...heheh.. Takleh nak bebel ke B sebab sokmo balik lambat..huhu..

Apa ntah B buat hari ni kat sana... Mesti enjoy kan..Tak pun B tengah gabra selagi belum present..huahua.. Hmm, B yang sokmo gabra.. Good Luck ye B... Semoga berjaya n Enjoy ur trip...


P/S I Luv U....


Sunday, October 16, 2011

Bentuk tubuh ramping bagaikan peragawati itukah yang dikatakan cantik menawan? Walaupun istilah ramping itu subjektif kerana ada yang mempunyai rangka besar dan kecil, tetapi ada ukuran tertentu digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu sudah berada dalam bentuk badan yang ideal atau sebaliknya.




Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 22 sebagai berat badan unggul (tetapi 23 juga diterima). Ia bukan saja boleh menjadi pengukur kepada keseimbangan berat badan, sebaliknya menjadi penanda aras bagi kekerapan untuk tekanan darah tinggi.



Ini kerana kajian menunjukkan hampir 50 peratus individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi mempunyai BMI melebihi 30. Ada juga individu yang hanya gemar menimbang berat. badan tetapi adakah ia tepat kerana selalu berubah andai ditimbang pada waktu berbeza?



Realitinya penurunan timbangan berat badan yang tidak memudaratkan fungsi tubuh ialah dua hingga empat kilogram setiap bulan saja, Antara panduan yang diberikan untuk menimbang berat badan ialah menimbang menggunakan penimbang yang sama selain kiraan diambil pada waktu sama setiap kali yang mana paling baik ialah seminggu sekali saja.



Sungguh pun begitu, walaupun kiraan timbangan paling asas dijadikan panduan, nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah paling tepat menentukan bentuk tubuh paling ideal. Panduan berikut boleh digunakan sama ada lelaki atau wanita, untuk mengetahui di mana tahap anda.



Indeks Jisim Badan

Ukuran BMI

a) Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau

Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]



b) Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang unggul mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah:

23 x tinggi (meter) x tinggi (meter)



Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka :



Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.



Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.



c) Mengukur ukur lilit pinggang.



Ukur lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 80 sentimeter (32 inci) dan lelaki pula antara 88 hingga 94 sentimeter (36 hingga 40 inci).



Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal.

Monday, October 10, 2011

Kenapa Sayang cinta B....

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’,'selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak menjemputnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingatkan setiap saat yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin saat yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya yang mungkin tidak bisa berulang lagi.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu. Dia bimbang dan peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan bertanyakan tarikh ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke tempat lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat kepada kamu supaya pandai bawa diri. Jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang sengal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar. Dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar inbox-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Wednesday, October 5, 2011

“Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM…”

Bunyi mcm senang? Nah ni makna sbnrnya..

Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya, apa saja dosa yg si dia buat dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia..Dan aku tanggung semua dosa bakal anak2ku, jika gagal maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka & malaikat zabaniyah melibas badanku sehingga pecah..

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist