Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Showing posts with label Stay Fit and Keep Fit. Show all posts
Showing posts with label Stay Fit and Keep Fit. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

STRES DI TEMPAT KERJA!!!!

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA STRES DI TEMPAT KERJA!!!!

~ Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
~ Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
~ Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
~ Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
~ Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
~ Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
~ Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
~ Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
~ Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
~ Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan

· Tekanan perkembangan kerjaya seperti:

- Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang
- Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
- Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
- Tiada peluang kenaikan pangkat
- Tiada jaminan pekerjaan
- Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
- Tekanan dari pihak atasan
- Campurtangan terhadap bidang tugas
- Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
- Gangguan terhadap perancangan kerja
- Ganguan telefon

Apakah yang akan terjadi sekiranya anda tidak ambil berat masalah stress yang dihadapi ???
Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang buruk kepada diri anda seperti :-
· Mudah keletihan dan cepat penat
· Kekecewaan
· Hilang Semangat ( “ BURN OUT” )

Apa perlu anda lakukan untuk mengurang Stres tersebut ?
· Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami STRES
· Anda perlu kenalpasti punca yang menyebabkan anda STRES
· Pelajari teknik dan kaedah pengurusan STRES.

Friday, May 20, 2011

Friendly Match Futsal; NMSL FC Vs Jabatan PerPaduan Sepang

Gomo! Gomo! RED WArriors.. Tak Sia2 Pakai Baju Merah (padahal baju yang tu jerk semua ada; Family Day 2009)

Da lama tak main Futsal sebenarnya.. Hampir 2 tahun. Ala main pun bukan hebat pun, Tapi boleh la.. Kalau tak masakan Menag ngan Jabatan Perpaduan. Bukan sikit tau. Kitorang Score 5 gol n Bolos 2 gol..

Scorer @ HAtrix untuk Hari ini
Kak Nor- 2 Gol
Halawa - 2 Gol
Kka Shakirah - 1 Gol

Kira hebat jugak la.. Petang Jumaat nak lawan, Petang Khamis tu baru nak kumpul2 pemain nak bagi2 position, mencari keserasian antar pemain.. huhu..

Striker : Kak Nor n KakShakirah
Midfield : Halawa n Liza
Flanker : Kak Nirul n Suhaidah
Back : Hanim n Kak Harlina
Goal Keeper : Jiha

Sebelum Main Ambil gambar dulu

Posing dulu sebelum belasah lawan..


warm-up dulu..

Tunjuk Skilss sikit.. Kelas Gitu...

Sepakan percuma... Gaya mesti lebeh Halawa.. hukhuk...

Manager (Rafiq) snap picture dari luar Gelanggang...

yeay!!! Dah menang apa lagi.. Dapat la habuannya.. Terima kasih uols.. Nati ajak lawan lagi eh..

Wednesday, May 18, 2011

Xtvt Jogathon 2.4 KM @ NMSL

Walaupun cuaca kurang memberangsangkan tetapi tetap meriah...















Saturday, April 16, 2011

Gunung ANgsi, Ulu Bendul N9

First time join xtvt PEKASA (persatuan under SIRIM) untuk pendakian Gunung ANgsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan. Gunung ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Seremban menghala ke Kuala Pilah. Ketinggian 825 meter sahaja atau 2702 kaki, So kitra ok la untuk mendaki tanpa membuat preparation apa2..

Masning2 muka bersedia n yakin je eh walaupun tak training apa2 yek.. Chaiyok2.. PoweR Puff GurlSss
















Sunday, April 10, 2011

Stay Fit and Keep FIt ;0

TIPS
Berat badan dapat dikawal sekiranya kita mengetahui cara mana hidangan makanan dinilai dari segi kelebihan atau kekurangan kalori yang diperlukan oleh badan. Apabila makanan yang dimakan melebihi tenaga yang diperlukan oleh badan, tenaga yang lebih ini akan ditempatkan di beberapa tempat lemak dalam badan dibawah kulit. Sekiranya kelebihan tenaga ini berterusan, lemak di badan akan bertambah dan begitu juga timbangan badan. Makanan yang menghasilkan tenaga yang kurang dari yang diperlukan oleh badan, lemak simpanan di badan akan dipergunakan sebagai sumber tenaga tambahan. Jika kekurangan ini berlaku, simpanan lemak di badan akan habis dan badan terpaksa mendapatkan tenaga dari tisu-tisu yang lain sebagai sumber tenaga tambahan yang baru. Akibatnya, badan menjadi kurus dan tidak bertenaga.


















CARA MENENTUKAN BILANGAN KALORI YANG DIPERLU SETIAP HARI

Tenaga yang dikehendaki oleh badan adalah berbeza dengan bilangan atau berat pekerjaan yang hendak dibuat. Cara yang mudah untuk memastikan banyaknya tenaga yang diperlukan seharian berdasarkan aktiviti-aktiviti dan jarak masa aktiviti itu dilakukan.


CONTOH
Manusia memerlukan sebanyak lebih kurang 1 kalori setiap jam bagi setiap Kg berat badan untuk kadar metabolisme.

154 Ibs (70Kg ) x 24 = 1680 k.kalori (LELAKI)
110 Ibs (50Kg ) x 24 = 1400 k.kalori (PEREMPUAN )
JUMLAH KALORI YANG DIPERLUKAN
KM + JENIS AKTIVITI = K.KALORI
NOTA : 1 Kalori = 0.001 Kilo Kalori

Wednesday, March 30, 2011

Program Jom Bersenam di SIRIM HQ:p

TAHUKAH ANDA InCIK MIS ???

Tip-tip kuruskan badan
(Message untuk diri sendiri nih)

1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan akan bergelora dan metabolisma badan akan menurun.

Jangan lupa, senaman dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

Oleh itu…


P/s : B pergi tau... Sayang jauh nak pg, wakilkan kat B jer:p

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist