Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Tuesday, March 27, 2012

1 Step : Buka Buku Merah Klinik

Tahu2 jer pregnant terus menggoogle kat tenet pasal nak bukak buku merah nieh. Tambah2 lagi untuk First mommy ni kan. Ibu 2 yang mengandung mesti da familuar ngan istilah buku merah ni kan.. Ni bukan passport untuk kita travelll.. Ini passport untuk ibu mengandung..

Teringat bait2 lagu Zizan, Bawa Aku pergi " Buku merah jagan lupa bawa".. So, untuk ibu2 mengandung ni buku ini memaNG sentiasa perlu ada dalam handbag. Incase jadi apa2 kan..
Noniey sekarang dah dalam 5 minggu pregnant.. So, direct jer call Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA) Salak. Nak tanya prosedur untuk bukak buku merah.

Nurse tu just tanya "Confirmkan pregnant?Berapa mimggu? First time mengandung ke, kalau confirm just datang untuk bukak buku. Lagi awal lagi bagus. Senang pihak kami nak monitor"

Kita tanya lagi, " nak kena bawak apa2 ke nurse"

"Tak perlu bawak apa2 pun, bawak IC jerk" jawab nurse selamba.

Noniey pun rasa pelik jugak la kan.. senang je pun proses dia. Takdalah sesusah benar pun. Tapi, make sure BUku Merah ni korang buka di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan alamat rumah korang. Diorang tak benarkan register kalau alamat yang bukan daerah yang sama. Ini penting untuk nurse visit selepas bersalin nanti.

Tapi, jika ada KKIA yang berdekatan dengan office ke kita boleh tumpang checkup kat KKIA (kira mcm menumpang) la.. Takda hal pun. Cuma masa nak bukak buku jer dia minta register di KKIA ikut alamat kita.

Semangat berkobar2... tak sabar nak g bukak buku kat Klinik Kesihatan Salak. Siap suruh Hubby cuti lagi.. Semangat tau..

Sampai kat Klinik, terus register dekat bahagian Ibu dan Anak.. Cakap kat receptionist tu nak bukak buku Merah. Diorang akan bagi dua buku untuk kita tulis details pasal ourself.. Satu buku tu untuk kita punya simpanan dan satu lagi untuk simpanan Klinik..

Info yang diperlukan ialah nama, no. IC, Adress Rumah, No. H/P , Pekerjaan, Nama Suami, Pekerjaan Suami, Alamat Kerja Suami dan No. HP Suami..

Then akan ada sesi interview dengan Nurse..Masa nie nurse akan soal pasal kitar period dan tarikh last period.. Penting untuk tentukan Due date bersalin nanti. kene jujur dan ingat. Masa nie juga dia tanya sejarah perubatan diri dan keluarga (ibu dan Ayah)

Pastuh nurse akan amik tekanan darah dan berat dan tinggi. Then dia amik sample urin utuk ujian. Sesi penerangan sikit dari nurse tentang penjagaan kehamilan.

Mode : Excited dah ada buku Merah..

Friday, March 16, 2012

UPT Positive... Alhamdulillah..

Bila da Cik P lewak agak2 9 hari tu.. rasa sangat berdebar2.. Dalam hati rasa cam tak sabar jerk nak suh Incik Hubby p beli Pregnancy Test.. almaklumlah saya nieh agak pemalu..huahua..Balik keje jerk, berdebar2 nieh tunggu incik hubby sampai rumah. Perasaan bercampur baur.. Tapi, malas nak berharap sangat, takut kecewa..

Masa nak mandi petang tu senyap2 wat masuk2 UPT dalam toilet. Memang tak sabor nak test. padahal waktu yang plaing sesaui untuk buat UPT adalah awal pagi kan. Masa bangun dari ttido. Tapi, tawakal je lah. Kalau ada rezeki adalah..

So, bila da test dalam 10 saat 1st muncul. Hati masih berdebar2. Dalam 30 saat menunggu keluarlah 2nd Line yang agak faint. So, jadi double line means that u are pregnant..

So, untuk confirmation kene wat UPT kat Klinik..

Monday, March 12, 2012

Jeng..Jeng..Jeng..

Hmm.. rasa macam ada sesuatu  je nih..Selalunya memang cukup 28 hari je cycle  n patutnya semalam la kan.. Jarang lewat. Tapi, dalam hati still taknak berharap.. Lagipun tanda2 yang Cik P nak datang tu ada..  Perut rasa sangat tak selesa.. Tak pernah rasa macam nie. Nak kata senggugut pun tak tahu nak cakap sebab tak pernah rasa kan.

Tapi, jauh disudut hati.. tetap berharap yang terbaik untuk me and incik hubby... Amin.. Semoga Allah permudahkan semua urusan..







me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist