Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Sunday, October 24, 2010

Usahawan Bumiputera Buktikan Produk Ikan Keli Dapat Sambutan

Entri Azz marketing
PASIR MAS, 24 Okt (Bernama)-- Bermula dengan 22 tangki fiber dua tahun lepas, AZZ Marketing Sdn Bhd yang mengusahakan perniagaan produk berasaskan ikan keli di sini, bakal meluaskan pasarannya ke seluruh negara tidak lama lagi.
Pengarah Urusannya Abdul Khairil Ridzuan Abdul Rahim berkata hasrat itu akan terlaksana apabila pembinaan bangunan ibu pejabat syarikat bernilai RM8 juta siap dan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.
"Buat masa ini pasaran produk kami seperti keropok, serunding, popia, bebola ikan dan sosej yang diperbuat daripada ikan keli dijual di tapak pemerosesan di Kampung Kiat, Bunut Susu, dan di Tesco Kota Baharu.
"Sambutan di Tesco ini amat menggalakkan dan meningkatkan keyakinan kami untuk meluaskan pasaran," katanya kepada pemberita, pada hari Ahad.
Mengulas sejarah syarikat, beliau berkata perniagaan itu bermula di atas tanah seluas suku ekar dengan modal RM360,000 yang menyaksikan ikan keli dibela dalam tangki fiber.
Kini AZZ Marketing mempunyai lapan cawangan penternakan ikan keli di seluruh Kelantan, serta sebuah cawangan terbesar di Sitiawan, Perak yang dibina di atas tanah seluas empat hektar dengan 600 buah kolam, kata beliau.
"Tempat kita memulakan perniagaan ini akan dijadikan pusat pemasaran ikan keli terbesar di Kelantan. Kita juga merancang untuk menjadikan tempat ini sebagai produk ekopelancongan," katanya.

Abdul Khairil Ridzuan berkata AZZ Marketing juga meluaskan bidang perniagaan dengan membuka pusat penginapan bertaraf tiga bintang 'Aleesya Inn' di Jalan Sri Cemerlang, Kota Baharu serta rumah inap desa di Pelangi Mall yang terletak di pinggir Sungai Kelantan.
"Kami sekeluarga bermula dari bawah dua tahun lepas, iaitu dengan hanya 22 tangki fiber berisi ikan keli. Apa yang kami kecapi sekarang membuktikan usahawan bumiputera boleh berjaya asal saja mahu berusaha," katanya.
-- BERNAMA 

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist