Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Friday, February 15, 2013

I ♥ BREASTFEEDING; Harapnya Berjaya susukan anak sehingga 2 tahun.. Amin

Alhamdulillah.. Sekarang Baby Izz hadif dah menginjak umur 3 bulan... Begitu jualah dengan perjalanan Noniey breastfeed anak.. Banyak sungguh liku-liku dan cabaran2 nak nyusukan putera kesayanganku itu.. Harapan Noniey dalam penyusuan ini semoga boleh EKSLUSIF BREASTFEED tanpa bantuan susu formula untuk 2 TAHUN nie. 2 tahun je Noniey..Buat masa sekarang still lagi memerlukan FM. Redha..

Tak sangka breastfeeding memang menguji ketahanan kita dan mengundang byk air mata..


Masa mengandung, banyak forum dan thread2 berkaitan penyusuan susu ibu ni, dari topik ke topik, page ke page saya baca penuh ketekunan dan blogwalking utk kumpul sebanyak mungkin maklumat dan persediaan ttg breastfeeding.

Bila nak bersalin pun tahap keyakinan dalam breastfeeding ni sangat tinggi dan Noniey rasa semakin READY.

Walaupun Noniey dah banyak kumpul maklumat untuk persediaan breastfeeding ni dugaan dan cabaran tetap ada.

Di awal2 minggu kelahiran noniey tak tahu camane nak make sure baby Hadif betul latch masa menyusu.. Akibat teknik latching salah nipple dah luka dan berdarah.. Sambil menyusuakn baby sambil air mata ni mengalir..

Noniey mungkin jenis tak kuat semangt.. Tanpa berfikir panjang Noniey stop breasfeeding n rela Hadif diberi FM masa tu.. Ni adalAh PENYESALAN noniey tentang breastfeed nie..

Sepatutnya noniey bertahan jer. tapi, Noniey tak mampu.. Maafkan Mama Hadif..(sambil tulis nie menitik gak air mata.. sedeh sangat bila ingat balik..)

Masa Hadif umur dalam sebulan setengah Noniey pulak kena bengkak susu. Kebetulan pulak time tu kene cirit Birit yang tahap TERUK jugak.. sampaikan nak jaga diri sendiri pun tak larat apatah lagi nak handle baby.. dah macam2 antibiotik dan segala macam ubat terpaksa ditelan time tu..

Dalam hati semoga cepat sembuh. SUSU yang semakin membengkak tu cuba dipam, dah dipicit2 dan dituam, tapi yang kuarnya sikit saja.. kadang2 bagi jugak kat baby Hadif tapi, Hadif memang taknak.. tambahan pulak nipple luka time tu so bila Hadif tolak tu memang tak berusaha bersungguh2 nak bagi. .
Bengkak susu dah melarat menjadi breast abscess and kena operate sebelah KANAN breast untuk keluarkan nanah. Tempat operate tu plak tak dijahit semula, it was left as an open wound. Panjang gak diorang operate dalam satu inci setengah.. Dalamnya toksah cakap lah. Bayangkan muat disumbat kain gauze dalam 2 keping dalam luka tu. Bayangkan.. Dalam luka tu..Selama Dua minggu terpaksa angkut anak g klinik untuk cuci luka tu. Sakitnya Allah je laa yang tau. Dan selama itulah susu yang kuar dari breast yang operate tu terpaksa dibuang.
Dengan menggunakan pam manual terpaksalah pam jugk utk make sure production tetap ada. Tapi, setakat manalah nak pam pun, rasa ngilu kat luka tu buatkan Noniey kurang pam. Bila dah start masuk opis, rasa macam dah tak larat nak pam guna manual... So, upgrade lah ke pump MEDELA yang mahal beratus hinggit tu , sebab semangat nak BF anak.
Tambahan pulak officemate ada offer Trial Pack SHAKLEE untuk banyakkan susu. Noniey dah sedia maklum yang Vit SHAKLEE ni Vit Organik. So, takdalah banyak soal sangat. Trial Pack Set B Mengandungi vit c, vit b complex, vitalea (multivitamin) dan alfalfa. dan Noniey juga amik ESP. Bila amik ESP nie boleh nampak kepekatan susu dah lain. Sangat lazat dan berkrim.. Chewah..
Alhamdulillah.. buat masa sekarang nie bila sekali pum dapatlah dalam 3 oz.. compared to dulu nak dapat 1 oz pun susah... Rezeki Allah bagi. Yang penting usaha.. Gigih mengepam kat opis.. Kalau sempat, 4 sesi pam.. kalau xsempat hanya 3 sesi sahaja. Dan sekarang tengah wajibkan diri utk pam sebelum tidur. Chaiyok2..
Terima kasih SHAKLEE.. Dan bermula di saat ni Noniey terus menjadi pengedar SHAKLEE..  Siapa nak beli barang SHAKLEE bleh guna ID Noniey 894672.

No comments:

Post a Comment

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist