Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Tuesday, May 19, 2009

Sinopsis sains Metafizik

Sangat suka baca n amik tahu pasal benda ni..

Sains Metafizik merupakan satu bidang pengajian tentang kehidupan nyata. Ia merupakan satu cabang falsafah yang menjelaskan tentang realiti dan ilmu pengetahuan. Ianya merangkumi :

1 - Epistemology (teori tentang ilmu pengetahuan)
2 - Ontology (pengajian tentang kehidupan nyata)
3 - Cosmology (teori tentang alam semesta dan hukum-hukumnya)

Kemajuan dalam Sains Metafizik
Penemuan menakjubkan ini dinamakan PYRAMICK. Ia adalah kombinasi 4 ideologi dan teori :

1 - Teori Pythagoras tentang Numerologi.
2 - Teori falsafah Cina
3 - Penemuan analisis simbolik
4 - 5 elemen (Wu Xing) yang terdapat di dalam buku I Ching

Dengan Tarikh Lahir (hari, bulan dan tahun) seseorang itu dilahirkan dan dengan penggunaan metodologi pengenalan diri serta menjumlahkan kesemua nombor kepada satu angka (Kaedah Pengiraan Greek) seseorang boleh memperolehi kesemua nombor yang terdapat di dalam gambarajah seperti di bawah.


Tarikh Lahir : 29/10/1970



Pythagoras dengan tegasnya menyatakan, "Dunia Tercipta Di Atas Kekuasaan Nombor-Nombor". Keseluruhan alam semesta dicipta oleh corak-corak matematik dan semua perkara boleh dijelaskan melalui NOMBOR yang bersamaan dengan getaran alam semesta. NOMBOR ini menentukan PERSONALITI, TAKDIR dan TUAH seseorang.

Semua benda di alam semesta bergetar pada frekuensi mereka yang tersendiri. Dengan menemukan kadar getaran mana-mana objek, anda boleh membina kualiti dan tenaga yang berkaitan dengannya. Dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip NUMEROLOGI dan menggunakan TARIKH LAHIR sebagai data asas, anda dapat menentukan frekuensi utama bagi individu yang berbeza. Analisis NUMEROLOGI daripada frekuensi yang dihitung menghasilkan maklumat penting tentang PERSONALITI dan PERWATAKAN seseorang.

Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Setiap individu adalah TUAN kepada jiwa diri mereka sendiri. Semua orang ingin berjaya dalam hidup. Siapa yang ingin bekerja keras di dalam hidupnya? Kejayaan tidak datang secara melayang. Anda harus berusaha untuk mencapainya. Tetapi bagi kebanyakan yang tidak mampu mencapainya, akan menyalahkan nasib (TAKDIR), telah menjadi fahaman kepada mereka bahawa ianya adalah TAKDIR. Tiada apa-apa yang dapat dilakukan lagi.

No comments:

Post a Comment

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist