Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Sunday, April 10, 2011

Stay Fit and Keep FIt ;0

TIPS
Berat badan dapat dikawal sekiranya kita mengetahui cara mana hidangan makanan dinilai dari segi kelebihan atau kekurangan kalori yang diperlukan oleh badan. Apabila makanan yang dimakan melebihi tenaga yang diperlukan oleh badan, tenaga yang lebih ini akan ditempatkan di beberapa tempat lemak dalam badan dibawah kulit. Sekiranya kelebihan tenaga ini berterusan, lemak di badan akan bertambah dan begitu juga timbangan badan. Makanan yang menghasilkan tenaga yang kurang dari yang diperlukan oleh badan, lemak simpanan di badan akan dipergunakan sebagai sumber tenaga tambahan. Jika kekurangan ini berlaku, simpanan lemak di badan akan habis dan badan terpaksa mendapatkan tenaga dari tisu-tisu yang lain sebagai sumber tenaga tambahan yang baru. Akibatnya, badan menjadi kurus dan tidak bertenaga.


















CARA MENENTUKAN BILANGAN KALORI YANG DIPERLU SETIAP HARI

Tenaga yang dikehendaki oleh badan adalah berbeza dengan bilangan atau berat pekerjaan yang hendak dibuat. Cara yang mudah untuk memastikan banyaknya tenaga yang diperlukan seharian berdasarkan aktiviti-aktiviti dan jarak masa aktiviti itu dilakukan.


CONTOH
Manusia memerlukan sebanyak lebih kurang 1 kalori setiap jam bagi setiap Kg berat badan untuk kadar metabolisme.

154 Ibs (70Kg ) x 24 = 1680 k.kalori (LELAKI)
110 Ibs (50Kg ) x 24 = 1400 k.kalori (PEREMPUAN )
JUMLAH KALORI YANG DIPERLUKAN
KM + JENIS AKTIVITI = K.KALORI
NOTA : 1 Kalori = 0.001 Kilo Kalori

No comments:

Post a Comment

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist