Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Wednesday, June 1, 2011

Post 3 ; Main masak-masak; Gulai Ayam n Kentang+Sambal kentang n Ikan Bilis


Menu hari ini 1 June 2011

SET C
Nasi Putih 1/2
Gulai Ayam n kentang
Sambal kentang n Ikan Bilis





Gulai Ayam n kentang

Bahan-bahannya:
1. Ayam 2 ketul (dibersihkan)
2. Ukentang 1biji
3. Rempah kari ayam 1 paket (Noniey guna brand Adabi)
4. Santan - (RM 1) - lagi bagus guna fresh milk, berkhasiat sikit
*5. Bawang merah besar(bawang India) - 1 biji
*6. Bawang putih - 1 ulas
*7. Cili kering - 3 tangkai
8. rempah 4 sekawan
9. asam keping - 2 keping
10. Garam secukup rasa

* Untuk Blend
Cara membuatnya:
Tumiskan empat sekwan sehingga naik bau, dan masukkan bahan yang telah di 'Blend'. Selepas tu, masukkan rempah kari ayam yang telah digaul dengan sedikit air
Biarkan rempah betul2 masak.

Kemudian masukkan ayam, Gaul ayam biar betul2 sebati dengan rempah tumis tersebut.

Masukkan asam keping.

Masukkan 2 cawan air masak( kalau korang suka pekat boleh kurangkan air)
 Diikuti dengan santan. Kacau dengan perlahan-lahan

Bila santan mula menggelegak, masukkan kentang yang telah dipotong. Biarkan sehingga kentang empuk dengan menggunakan api yang kecil.

Bila kentang da masak, masukkan garam, gula secukup rasa.. Da boleh padamkan api..

Taaaadaa... Da siap Gulai Ayam n kentang



 

No comments:

Post a Comment

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist