Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Monday, June 13, 2011

Post 2 : Barang Hantaran's Budget Sheet

Cett... terus si dia email and ammend budget sheet yang kita buat untuk hantaran tu.. uollls boleh nampak.. Sume barang list hantaran dia nak cut-off budget .. Sadisnya je tengok.. hukhuk..Sabar je la..

" Apa-apa je la B.. Ble kita nak start shopping barang hantran ni??" (padahal date pun tak tentukan lagi..:p)

Heels nak beli brand apa ya?
Handbag ??
Watch??
Telekung?? (ada brand ker??? tak logik langsung. Kalau yek pun nak demand brand..agak2 la kan..)


Ni la budget sheet yang Incik MiS buat.. Kita tengok ya cukup ker RM 800 untuk cincin merisik+cincin tunang...Takkan nak g bli cincin kat kedai Emas kat masjid India nuh??? Da la harga emas makin tinggi ni.. Sale Mid Year HabiB plak da terlepas.. Tak da rezeki nak beli masa Sale:(

Thursday, June 9, 2011

POST 1: A StorY of tHE BrIdE aNd BridegRoOM to bE

 Hmmm... gatal sikit tangan hari ni..
Padahal Incik MiS baru jerk tanya pasal tarikh2 penting tue.. Belum finalise lagi pun.. Biasa la.. i'M Alwitz Over Excited..can't wait foR that........
Menggatal da nieh..hehe (da wajib K***N da nie)

Lain feeling update blog hari ni.. Title pun da lain kan..hehe..
So, Cik Noniey dedicated semua post  (pasal wonDerFul Story as a bride to be... ngeh2..) kepada diri sendiri, My Hubby to be, Incik MiS, dan kepada uolls yang rasa info2 yang kita tepek kat blog ni berguna..huhuk

Hmmm.. Tak lama pun lagi..Tapi satu hapa pun tak buat..wuuuu~.
So, hopefully blog ni boleh la sikit sebanyak sebagai check list gak for me..soo worryyy..thats yg inspire me  untuk tulis post pasal wedding preps


Finally..siap pun checklist yang agak syok sendiri.
(takpe2 cik noniey... yang penting semangat)

Kebetulan plak hari ni memang takdak keje nak buat.. Semalam bertungkus lumus siapkan keje (balik kul 6 tau..), cadangnya nak bercuti hari ni.. Tapi tak jadi plak..
tapi, ok jugak la kan.. At least siap jugak check list pertama kita ni..
tak kesah la kalau syok sendiri pun kan..

Kepada Incik MiS; "Sayang buat list da.. nak tengok ker?? bak Email.. nati Sayang Email pada B.. Budget murah2an jer nih.. nak letak bugdet mahal kan poning kepala plak...redha je la.."


B2B :: DIY :: MUA :: MOH:: Apa lagi ya?? Da lupa..



..:::: All about her preps to become a bride :::..


 

Tuesday, June 7, 2011

Nora Elena Adaptasi Novel "Kasih Yang Suci"

Demam Nora Elena



Sinopsis belakang buku:


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...


Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?


Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.


Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Wednesday, June 1, 2011

Post 3 ; Main masak-masak; Gulai Ayam n Kentang+Sambal kentang n Ikan Bilis


Menu hari ini 1 June 2011

SET C
Nasi Putih 1/2
Gulai Ayam n kentang
Sambal kentang n Ikan Bilis





Gulai Ayam n kentang

Bahan-bahannya:
1. Ayam 2 ketul (dibersihkan)
2. Ukentang 1biji
3. Rempah kari ayam 1 paket (Noniey guna brand Adabi)
4. Santan - (RM 1) - lagi bagus guna fresh milk, berkhasiat sikit
*5. Bawang merah besar(bawang India) - 1 biji
*6. Bawang putih - 1 ulas
*7. Cili kering - 3 tangkai
8. rempah 4 sekawan
9. asam keping - 2 keping
10. Garam secukup rasa

* Untuk Blend
Cara membuatnya:
Tumiskan empat sekwan sehingga naik bau, dan masukkan bahan yang telah di 'Blend'. Selepas tu, masukkan rempah kari ayam yang telah digaul dengan sedikit air
Biarkan rempah betul2 masak.

Kemudian masukkan ayam, Gaul ayam biar betul2 sebati dengan rempah tumis tersebut.

Masukkan asam keping.

Masukkan 2 cawan air masak( kalau korang suka pekat boleh kurangkan air)
 Diikuti dengan santan. Kacau dengan perlahan-lahan

Bila santan mula menggelegak, masukkan kentang yang telah dipotong. Biarkan sehingga kentang empuk dengan menggunakan api yang kecil.

Bila kentang da masak, masukkan garam, gula secukup rasa.. Da boleh padamkan api..

Taaaadaa... Da siap Gulai Ayam n kentang



 

Tuesday, May 31, 2011

Demam Nora Elena Slot Akasia

Demam Nora Elena
Seth TanNora Elena
senyum sorang2 bile scene romantik2 diorang tu. Feeling betul. Soooo sweeeeett... Cam gula.. Gula-gula Kapas..

Ada 24 Episode sumenya.. skarang ni baru Episod 14.. ada 10 episod lagi untuk melayan..

 

Antara dialog yang best...Seth Tan : " Abang sayangkan Nora sangat2 itu yang susssah sangat2 nak marah Nora.. "..

Episode 14:
Seth Tan : "Bagilah Abang peluang jadi suami yang  baik pada Nora, please. Just once.”

Seth : “Nora hati-hati tepi tangga tu!”

Tapi Elena dah tak dengar. Kakinya tersadung, maka bergoleklah dia jatuh tangga. Kakinya terseliuh..  Seth terkejar-kejar nak tolong.. tapi....


Nora : “Kalau awak betul sayangkan saya, please leave me alone.”
Seth : “Nora tolonglah jangan macam ni. Izinkan Abang tolong Nora. Abang kawen dengan Nora sebab Abang sayangkan Nora. Abang nak jaga Nora. Jadi, bagilah Abang peluang laksanakan tanggungjawab Abang sebagai sorang suami. Please, let me just hold you. Dalam keadaan sekarang Nora perlukan Abang. Takde orang lain dalam rumah ni.”

Episod 17
Seth dan Elena pulang ke Kuala Lumpur sebagai suami isteri yang sebenar dan mula belajar mengenali antara satu sama lain.

Episod 18
Seorang yang tidak dikenali identitinya telah menghantar mesej ugutan terhadap Elena kepada Seth.

Episod 19
Seth memberitahu Elena tentang mesej ugutan yang diterimanya dan mahu menghadapi ia bersama-sama.

Episod 20
Elena mengambil keputusan untuk membawa diri ke rumah ibu bapanya di Melaka.





Thursday, May 26, 2011

Post 2 ; Main masak-masak; Sardin +Sambal Telur Hancur


Kali ni repeated resepi untuk sambal telur Hancur..
Menu hari ini 26 May 2011

SET B
Nasi Putih 1/2
Sardin
Sambal telur Hancur

Jeng...jeng..jeng...

PERFECT..
tengok.... kan da ada kemajuan. Practice make perfect..

Wednesday, May 25, 2011

STRES DI TEMPAT KERJA!!!!

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA STRES DI TEMPAT KERJA!!!!

~ Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
~ Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
~ Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
~ Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
~ Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
~ Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
~ Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
~ Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
~ Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
~ Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan

· Tekanan perkembangan kerjaya seperti:

- Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang
- Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
- Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
- Tiada peluang kenaikan pangkat
- Tiada jaminan pekerjaan
- Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
- Tekanan dari pihak atasan
- Campurtangan terhadap bidang tugas
- Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
- Gangguan terhadap perancangan kerja
- Ganguan telefon

Apakah yang akan terjadi sekiranya anda tidak ambil berat masalah stress yang dihadapi ???
Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang buruk kepada diri anda seperti :-
· Mudah keletihan dan cepat penat
· Kekecewaan
· Hilang Semangat ( “ BURN OUT” )

Apa perlu anda lakukan untuk mengurang Stres tersebut ?
· Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami STRES
· Anda perlu kenalpasti punca yang menyebabkan anda STRES
· Pelajari teknik dan kaedah pengurusan STRES.

Cinta Matiku by Sixth sense

Cinta Matiku
by Sixth Sense

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu  yang ku cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Chorus;
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu yang ku cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Monday, May 23, 2011

Bebelan di pagi Isnin...." BURN OUT "

Hmmm..Lama tak mencoret2 kan sini.
NAk mula ni pun tak tahu nak tulis apa. Tapi, yang pastinya memang tak tenang la selagi tidak mengambil LANGKAH sewajarnya..hukhuk.. "Cegah Sebelum Parah is better than Rawat Sebelum Parah"
Bunyi cam serius benor, Memang Serius dan amat serius sebab ia membuatkan kite sentiasa mengantuk (tidur dah berjam2, tapi still ngantuk..zzzzz),  membantu menambahkan pendapatan kedai2 makan (selera makan semakin bertambah, Keep Fat Stay Fat) dan yang paling penting mengganggu mood untuk kerja n hidup...
Cam mana nak teruskan LIFE secara luar biasa..
Pelik kan kenapa plak nak hidup LUAR BIASA??? sebab life kite ni sangat2 biasa. Cam ikut FLOW jerk.. Tanpa perancangan, hala tuju dan no motivation..

" Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri " (Surah Ar-Ra'd Ayat 11)


"Doa kite semoga Allah permudahkan segala urusan kepada kite yang benar-benar ingin merubah diri mereka menjadi yang terbaik. Insya Allah... Amin"

So, apa lagi CIk Noniey?? Tetapkan matlamat hidup anda.. Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi..Plizzzz..

Sunday, May 22, 2011

Shopping KAin Untuk Baju RAya 2011


Shopping KAin unTuk BAjU RAyA di GulATis, JaLAn TAR
dengan Mom n lovely sister..
Agak LewAT da sebEnarnya.. RiSAu GAk tak OraNG naK AMik TempahAN..

 Ni kain Chiffon Silk with Stones
RM 120/ psg

Lighting lebih sikit.. cantik kan combination kaler dia...


Ni BAju RAyA SeRAgAM untuk TAhuN ni..
Susah JugAK nak CAri sebAb nak Kena Beli deNGAn kuANtiti yang BAnyak(DAlam 5 PAsanG). Yang cantik2 semua tak cuKup..  TApi, YANg Ni pun CAntik GAk..
kaler Turquoise

Warna sebenar..hehe...





me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist