Daisypath Anniversary tickers

Kisah Kita :)

Sunday, May 1, 2011

Trip to Negeri Cik Siti Wan Kembang 29 April ~ 1 Mei 2011

Trip to KeLaNTaN
BerSempena Cuti Hari pekerja 2011
Machang ~ Kota Bharu ~ Rantau Panjang ~ Pengkalan Kubor

Kat Rantau Panjang, ramai sangat orang. Nak cari parking pun susah...
Lebih kurang 45 minit dari Bandar Machang ke Rantau Panjang

Gerai jual makanan ringan...
Shopping baju plak.... Murah2 jerk kat sini..Berbaloi2..

Inilah ghupenya Zon Bebas Cukai, Rantau Panjang..


Gerai ni besh tau.. ala2 yong tau fu... tapi, dia tak celup or rebus ngan air.. dia bakar..
sebuk jerk pakcik ni nak enteprem...



which way to go?????
Sg. Golok la.. Baru la Feeeeelll...

Ni time nak balik dah... NAk masuk area pemeriksaan Kastam..

Q panjang sikit time ni... Public Holiday la katakan....

Lembu ni block jalan... Horn 2-3 kali baru nak blah.. tak boleh blah betol..

Patung Buddha.. Korang boleh namapak kalau melalui jalan ke Rantau panjang nieh... Besar yang teramat..

Wat Machimmaran namanya...

Akhirnya kami tiba juga di Panati seri Tujuh, Pengkalan Kubor.. Mula2 plan nak g Shopping kat Zon Bebas Cukai kat pengkalan Kubor ni, tapi sampai2 da kul 5.. so, gate da tutup.. next time kalau nak datang, kena datang awal la nampaknya...

Sunday, April 17, 2011

Kenduri Hazim @ Kapar

Majlis Perkahwinan Hazim n Emilia
17 April 2010
Kapar, Klang

Tayar bergolek.. Heading ke KLang dalam kul 1..

Pening ke B cari jalan.. Itu la bad habittt dia..
Xhabis2 dok pegang bibir dia yang mulus tue.. yo la tue :p

Dia da jumpa jalan agaknya.. Nampak cam da cool...

Finally jumpa gak signage Wedding Hazim nie..
Time ni da 3.30 pm..

Wit Cik P-ja n Cik Zai..Time nak balik da nie..

Saturday, April 16, 2011

Gunung ANgsi, Ulu Bendul N9

First time join xtvt PEKASA (persatuan under SIRIM) untuk pendakian Gunung ANgsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan. Gunung ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Seremban menghala ke Kuala Pilah. Ketinggian 825 meter sahaja atau 2702 kaki, So kitra ok la untuk mendaki tanpa membuat preparation apa2..

Masning2 muka bersedia n yakin je eh walaupun tak training apa2 yek.. Chaiyok2.. PoweR Puff GurlSss
















Thursday, April 14, 2011

Jauh di mata....

~ Kalo kite ingat 'oghe' tu , 'oghe' ingat kite sbb tu lah dia 'maghi' jumpa kite ~

Ni statement bomoh siam kepada Husin dalam cite Hantu kak Limah Balik rumah...
Sangat suka statement romantik itu...

Sesungguhnya saya tengah merindui si Dia..hehehe..
Gediks jer bunyinya... tapi memang betoi la.. Tulus dan  ikhlas persaan ini..
"B.. Sayang rindu B...Its all about u...Miss u.."
tetiba jer terjiwang la plak..

Tuesday, April 12, 2011

Akal Wanita senipis Rambut

JANGANKAN lelaki biasa..
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..
TANPA mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah..
masih mencari walau ada segalanya..
apa yang ada didalam syurga..
NAMUN Adam tetap rindukan Hawa..
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok..
UNTUK diluruskan olih lelaki..
TETAPI seandainya lelaki itu tidak lurus..
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh ALLAH..
KERANA mereka diciptakan sebegitu rupa oleh ALLAH..
Didiklah mereka dengan panduan dariNya..
JANGAN cuba menjinakkan mereka dengan harta..
KERANA nantinya mereka semakin liar..
JANGAN hiburkan mereka dengan kecantikan..
KERANA nantinya mereka semakin derita..
Kenalkan mereka kepada ALLAH..
ZAT yang kekal..
KERANA disitulah punca kekuatan dunia.

AKAL senipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu..
HATI serapuh kaca kuatkan dengan iman..
PERASAAN selembut sutera hiasilah dengan ahlak..
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb. Bisikan ketelinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan..
ia bukan diskriminasi ALLAH..
sebaliknya disitulah kasih dan sayang ALLAH.

Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya..
pasti tidak akan terhibur..
dan tidak akan menghiburkan..
tanpa iman ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus...
bahkan akan semakin membengkok..
itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya.

APABILA wanita menjadi durhaka..
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara..
Lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata mata..
TAPI binalah kepimpinan..
PASTIKAN sebelum wanita menuju Ilahi..
Pimpinlah diri kepadaNya..
Jinakkan diri kepada Allah..
NESCAYA akan jinaklah segala galanya dibawah pimpinanmu..

JANGANLAH mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra r.a.
SEANDAINYA dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah...

Monday, April 11, 2011

Hari penuh Emosi...


Monday Blues..
Hari ni serba serbi tak kena... Tak tahu nak cakap apa masalah diri ini sebenarnya...
seb baik xdeal ngan sesapa hari ni, kalau tak mau gak ada yang terasa hati..hehehe..
Tapi, jarang la nak wat hal ngan kawan2 nieh.. Paling kurang pun wat hal ngan orang terdekat jerk.  So, kepada sesapa yang terkecik ati dengan apa yang kita cakap, kita buat haraplah dimaapkan... Suka suki je kan..:p
Buat salah then mintak maap... Kalau skali skala buat camtu kira ok la. Melainkan mintak maap then keep on buat jugak so memang tak bleh dimaafkan langsung la..

Dan yang terkena penangan hari penuh beremosi nieh ialah Incik MiS la (sapa lagi kan yang paling rapat sekarang nieh melainakn 'Dia' yang terchenta..)..
 Hari ni layan 'Dia' ala-ala kadar jer..
"I'm sooo Soorrrryyy B.. Sayang tak da la nak melepaskan semua emosi kat B..
Jus layanan kurang memuaskan jerk..huhu"
" Maafkan Saya.. Kalau Cik Abang tak mahu maafkan.." (Pandai2 la sambung)

P/S ; Cam best plak layan certia Allahyarham P.Ramlee ni.. Tak pernah puas n gelak kaw2..Lol..

Sunday, April 10, 2011

Stay Fit and Keep FIt ;0

TIPS
Berat badan dapat dikawal sekiranya kita mengetahui cara mana hidangan makanan dinilai dari segi kelebihan atau kekurangan kalori yang diperlukan oleh badan. Apabila makanan yang dimakan melebihi tenaga yang diperlukan oleh badan, tenaga yang lebih ini akan ditempatkan di beberapa tempat lemak dalam badan dibawah kulit. Sekiranya kelebihan tenaga ini berterusan, lemak di badan akan bertambah dan begitu juga timbangan badan. Makanan yang menghasilkan tenaga yang kurang dari yang diperlukan oleh badan, lemak simpanan di badan akan dipergunakan sebagai sumber tenaga tambahan. Jika kekurangan ini berlaku, simpanan lemak di badan akan habis dan badan terpaksa mendapatkan tenaga dari tisu-tisu yang lain sebagai sumber tenaga tambahan yang baru. Akibatnya, badan menjadi kurus dan tidak bertenaga.


















CARA MENENTUKAN BILANGAN KALORI YANG DIPERLU SETIAP HARI

Tenaga yang dikehendaki oleh badan adalah berbeza dengan bilangan atau berat pekerjaan yang hendak dibuat. Cara yang mudah untuk memastikan banyaknya tenaga yang diperlukan seharian berdasarkan aktiviti-aktiviti dan jarak masa aktiviti itu dilakukan.


CONTOH
Manusia memerlukan sebanyak lebih kurang 1 kalori setiap jam bagi setiap Kg berat badan untuk kadar metabolisme.

154 Ibs (70Kg ) x 24 = 1680 k.kalori (LELAKI)
110 Ibs (50Kg ) x 24 = 1400 k.kalori (PEREMPUAN )
JUMLAH KALORI YANG DIPERLUKAN
KM + JENIS AKTIVITI = K.KALORI
NOTA : 1 Kalori = 0.001 Kilo Kalori

Friday, April 8, 2011

Dah jadi Ahli Bank Rakyat; Alhamdulillah

"Bismillahirrahmanirrahim"
Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku.. AMIN

Pagi2 lagi bersiap nak pergi office.. Hari ni kena pergi awal sebab nak isi gate pass untuk ke Bank Rakyat... sampai kat Bank Rakyat Nilai pukul 10.07AM.. Amik nombor. Tapi terkezutt jugak la sebab dah orang ke-79.. Ramai gilos orang menunggu.. Kalau la tahu ramai cam ni awal2 lagi dah terconggok kat depan bank tue.. Tolong bukak Kaunter skali:p

Rupanya patutla ramai gila kat cawangan Nilai ni, orang2 dari Seremban pun datang sini.. Kat cawangan Seremban borang da habis da.. Nasib baik samapi awal jugak, sebab sape yang sampai dalam pukul 10:30 tu kena datang balik lepas jumaat.No giliran yang kena tekan kat pintu masuk tu da habis.Nasib la..Rezeki masing2..

Nampaknya ramai jugak yang menuggu2 nak beli saham Bank Rakyat ni. Kita pun dah bertahun menunggu.. Last skali Bank RAkyat bukak untuk public tahun 2003. Salah satu sebab ramai yang tertunggu2 ni ialah kadar dividen dia yang tinggi.. Macam tahun lepas 2010 dia bagi dalam 15%.. Agak tinggi compare to ASB. Lagipun dia open untuk BUMIPUTrA saja. Kita pun tak pasti kenapa..

Just kena isi borang SKP 1.. Simple je borangnya n photostet I/C..Walaupun ramai yang menunggu, Alhamdulliah semuanya berjalan ngan lancar.. Dalam pukul 12:15 dengan rasminya kita telah menjadi ahli Bank Rakyat..

Selepas selesai urusan, slip ni menjadi bukti membership (nanti nak attach gambar). Semuanya RM505 termasuk RM5 bayaran masuk.

Tapi, yang tak bestnyer, tak tahu katne nak cari kiosk nak bayar parking kereta Majlis Perbandaran Nilai. RM0.60 je pown.. Adoyai.. TAk bayar2 lagi nieh..huhu
http://beritasemasa.com/pengumuman-kadar-dividen-bank-rakyat-2010

Thursday, April 7, 2011

Kena jaga Booth at PWTC

Jaga booth SIRIM sempena water Malaysia

me n Muhamad Iskandar Shah:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Playlist